Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pelajar Wanita Dibaling Botol Air Kencing

Image may be NSFW.
Clik here to view.
13658970_1750695461883112_46037680541276701_n

 

SEORANG pelajar wanita terkejut besar apabila secara tiba-tiba dibaling dengan botol minuman yang berisikan air kencing ketika memandu seorang diri.

Hafizha Syawani, dalam perjalanan ke pusat pengajiannya menceritakan bagaimana dirinya ‘diserang’ seorang individu dalam kejadian berlaku di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, kira-kira pukul 7.45 pagi pada Selasa.

Menurut Hafizha, dia yang memandu seorang diri ketika kejadian telah membuka sedikit tingkap keretanya akibat kesesakan jalan raya.

Tatkala membelek telefon bimbitnya, muncul seorang lelaki yang menunggang motosikal, menuang air botol berisi air kencing kepadanya.

Menurutnya lagi, mujurlah dia telah mengunci keretanya daripada dalam kerana menurut Hafizha, kemungkinan ia merupakan kejadian cubaan meragut.

Berdasarkan cerita mangsa ini, ia mungkin satu taktik untuk membuatkan wanita berkenaan keluar daripada kereta untuk menyamun mangsa atau ianya sekadar perbuatan khianat.

Apapun dia mengingatkan pemandu-pemandu wanita di luar sana supaya berhati-hati semasa memandu kereta secara berseorangan. – MYNEWSHUB.CC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082