Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

4 Warga Thailand Ditahan Bersama 2 Laras Senapang Patah

$
0
0

PENGKALAN HULU 27 JULY 2016. Dua senapang patah yang dirampas daripada lelaki Thailand di KM 4.5, Jalan Pengkalan Hulu-Betong oleh anggota AKSEM. STR/DJ DOLASOH

 

PENGKALAN HULU: Empat beranak warga Thailand ditahan pihak Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) berikutan penemuan dua senapang patah bersama sembilan peluru hidup dalam kenderaan dinaiki di Kilometer 4.5, Jalan Pengkalan Hulu-Betong, dekat sini, semalam.

Mereka yang ditahan pada jam 4.45 petang adalah lelaki berusia 45 tahun, isterinya, 38 dan dua anak perempuan mereka, masing-masing berusia 17 dan enam tahun ketika dalam perjalanan ke negara jiran itu.

Komander AKSEM Perak, Asisten Superintendan Kasturi Othman, berkata suspek yang dilihat mencurigakan ditahan di lokasi sekatan, namun tidak mengaku membawa bahan larangan.

“Bagaimanapun, anggota kami diketuai Ketua Seksyen 4, Sekatan Jalan Raya AKSEM, Mohamad Azam Zaini, memeriksa kenderaan dan menemui dua senjata api yang disorok di tempat duduk belakang.

“Dua senjata dirampas adalah jenis Pump Gun Remington bersama lima butir peluru hidup dan Pump Gun Remington Tactical berisi empat butir peluru,” katanya, di sini, hari ini.

Kasturi berkata, pasangan yang tidak mempunyai pasport itu mendakwa pergi ke Stesen Bas Pengkalan Hulu kerana menghantar anak perempuan sulung berusia 20-an untuk ke Kuala Lumpur sebelum ke Indonesia.

“Pasangan itu direman seminggu dan kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu untuk tindakan lanjut,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles