Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bekas Rakan Niaga Mokhzani Mahathir Didakwa Lakukan Urus Niaga Dalaman

$
0
0

mahkamahulatmah.transformed

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum Berhad, Yeow Kheng Chew dan dua lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan urus niaga dalaman melibatkan 1,159,000 unit saham Kencana Petroleum Berhad, enam tahun lalu.

Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh, Kheng Chew, 64 ; bekas pemegang akaun, Paulene Chee Yuet Fang, 56; dan bekas remisier, Tan Yee Chee, 46 dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Zulqarnain membenarkan Kheng Chew diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin manakala Paulene dan Yee Chee masing-masing diikat jamin RM800,000 dengan dua penjamin.

Beliau juga menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi ketiga-tiga tertuduh, lapor Utusan Online.

Sementara itu, Yeow Kheng Chew merupakan bekas rakan kongsi Datuk Mokhzani Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082