Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Lelaki Ditahan Kes Samun Guna Pistol Tiruan

$
0
0

SHAH ALAM 28 JULY 2016. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Shafien Mamat (tengah) bersama Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inpektor Rahmat Yaakob (kiri) menunjukkan dua pucuk pistol tiruan yang dijumpai oleh anggota Polis di dalam kereta jenis Toyota Alphard pada sidang media di IPD Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

 

SHAH ALAM: Tiga pemuda ditahan malam semalam kerana memiliki pistol tiruan, selain dipercayai terbabit dalam kes samun kedai serbaneka dan stesen minyak di bandar raya ini.

Lelaki tempatan berusia berusia 21 tahun hingga 23 tahun itu juga dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kenderaan. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam semalam, sepasukan polis peronda menemui sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dengan pintu terbuka berdekatan sebuah restoran di Seksyen 15, di sini.

Siasatan awal berjaya menemui satu pistol di poket tempat duduk pemandu dan kenderaan itu adalah milik seorang wanita yang tinggal di sekitar Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata kira-kira jam 8 malam, polis berjaya menahan dua lelaki di sekitar kawasan berdekatan kenderaan itu ditemui.

“Hasil siasatan awal yang dilakukan terhadap dua suspek berkenaan, polis bertindak menyerbu sebuah rumah di Batu Tiga dan menahan lagi seorang suspek pada jam 3.30 pagi semalam.

“Kita menemui satu pistol tiruan terselit di pinggang suspek selain menemui AllenKey, yang dipercayai diguna suspek untuk aktiviti pecah kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini.

Shafien berkata, hasil ujian air kencing mendapati dua suspek positif dadah, manakala seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah. “Semua suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082