Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Namawee Akan Dipanggil Berikutan Video Hina Islam

$
0
0

PENANG 29 JULY 2016. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ghafar Rajab menujukkan sebahagian video klip Nawawiee  di dalam masjid terapung  sidang media  di bilik media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Georgetown. NSTP/RAMDZAN MASIAM

 

Georgetown: Penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi Namewee akan dipanggil membantu siasatan berhubung klip video dilaporkan menghina Islam selepas satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), di sini, kelmarin.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, laporan polis dibuat Pengerusi Masjid Terapung, Jalan Tanjung Bungah.

Beliau berkata, polis tidak teragak-agak memanggil Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, bersama tiga lagi lelaki dalam klip video itu bagi membantu siasatan selepas ia mula tersebar secara meluas dalam Facebook (FB) dan WhatsApp sejak kelmarin.

“Polis membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemar tempat ibadat dengan niat mengaibkan agama dan sekiranya sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.

Klip video berdurasi lebih empat minit bertajuk ‘Oh My God’ itu dicipta Namewee dan dirakamkan di tokong Cina, masjid serta beberapa lokasi tarikan pelancong di negeri ini.

Dalam klip video itu, terdapat empat lelaki berpakaian mengikut agama di negara ini manakala lagu dinyanyikan berentak rap itu dikatakan dirakam dalam kawasan Masjid Terapung, Jalan Tanjung Bungah.

Terdapat beberapa aksi yang dilihat berunsur penghinaan dengan perkataan Allah disebut beberapa kali dalam lirik lagu termasuk menyentuh gelas minuman, memakai jubah serta serban sambil bermain judi dan menyanyi serta menari dalam masjid.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082