Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Terjun Tingkat 4 Lepas Berpisah Dengan Isteri

$
0
0
05terj_1470279757

Sumber myMetro

 

Seremban: Seorang lelaki yang baru berpisah dengan isteri maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan Terminal One, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.18 petang itu, tukang masak berusia 40 tahun itu ditemui terbaring atas jalan oleh orang awam lalu menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki terbabit mengalami kecederaan parah segera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Susulan itu, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca kejadian. Berdasarkan maklumat daripada bapa lelaki terbabit, anaknya baru berpisah dengan isteri dan mempunyai dua anak. Namun, mereka tidak mengetahui punca kejadian kerana anaknya seorang yang pendiam.

“Malah, pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang senjata dan barang peribadi miliknya. Kita percaya kejadian itu tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan sementara menunggu laporan bedah siasat, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082