Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Maut Kereta Rempuh Paip Air

$
0
0

BATU PAHAT 05 AUGUST 2016. ( METRO JB923G ) Kereta dinaiki mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM34.8 Jalan Kluang-Batu Pahat. STR/EMEL

 

BATU PAHAT: Seorang remaja maut manakala rakan baiknya parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh paip saluran air sebelum terbalik di Kilometer 34.8 Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Taman Bahagia, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Muhammad Wazif Mohd Kamal, 18, yang duduk di bahagian penumpang depan kereta berkenaan, maut di lokasi kejadian akibat parah.

Rakan baiknya, Muhammad Haziq Abu Bakar, 17, yang memandu kereta berkenaan pula parah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata ketika kejadian, kedua-dua rakan baik itu dipercayai dalam perjalanan dari Kluang menghala ke Ayer Hitam.

“Muhammad Haziq dipercayai gagal mengawal keretanya setibanya di lokasi nahas sebelum terbabas dan merempuh masuk ke bahagian kanan longkang di tepi jalan yang terdapat sebuah saluran paip air.

“Muhammad Wazif disahkan mati serta-merta di lokasi kejadian dan jenazahnya dihantar ke HSNI untuk bedah siasat manakala Muhammad Haziq turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082