Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

5 Cedera Dalam Kekecohan Lepas Perlawanan Antara Perak Dan Johor DT

Image may be NSFW.
Clik here to view.
IPOH 06 AUGUST 2016. Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal penyokong JDT dalam padang Stadium Perak, Ipoh. NSTP/MUHAIZAN YAHYA.

 

IPOH – Sekurang-kurangnya lima cedera termasuk dua pegawai polis akibat kekecohan yang berlaku melibatkan penyokong pasukan bola sepak selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Perak sebentar tadi.

Kekecohan dipercayai berpunca daripada provokasi antara kedua-dua pasukan selepas Johor DT berjaya membenam Perak 1-0.

Susulan daripada itu, lebih kurang 1,000 orang penyokong JDT dibawa berkumpul ke tengah padang bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.

Dalam pada itu, seorang jurukamera News Straits Time Press (NSTP), Supian Ahmad kehilangan kamera selepas dipukul oleh penyokong selain turut mengalami kecederaan.

Kamera jenis Canon 1DX yang digunakannya dianggarkan bernilai lebih RM30,000. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles