Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Maut HRV Terjunam Dalam Longkang

$
0
0

Seorang lelaki yang juga pemandu serta dua wanita termasuk seorang yang mengandung terbunuh selepas HRV yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke longkang di Taman Puchong Utama, pagi tadi.

 

SUBANG JAYA – Niat seorang wanita hamil enam bulan bersama suami serta seorang rakannya menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan mereka tidak kesampaian apabila ketiga-tiga mereka maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan PU3, Taman Puchong Utama di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.05 pagi itu, kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala serta anggota badan selain tercampak keluar dari kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang dinaiki mereka.

Tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, Rosazni Sayuteh, 42, warga tempatan manakala isterinya, Ningtias Utami, 20, dan rakan mereka, Lensi, 21, masing-masing me­rupakan warga Indonesia.

Menurut salah seorang rakan mereka yang ingin dikenali sebagai Alfin, 34, berkata, tiga mangsa itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Equine Park, Seri Kembangan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Mentari Court, Petaling Jaya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082