Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penyamun Lepaskan 3 Tembakan Ditangkap Orang Awam

$
0
0

KUALA LUMPUR 07 AUGUST 2016. Anggota Polis memeriksa keadaan sebuah kedai serbanika selepas berlaku kejadian rompakan bersenjata di Stesen Petronas Jalan Genting Klang, Setapak. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

 

Kuala Lumpur: Tindakan ganas seorang lelaki yang meluru masuk dan melepaskan tembakan ke arah pekerja sebuah stesen minyak mengundang padah apabila dia ditangkap beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa lelaki warga Bangladesh cedera di bahagian pinggang selepas dipercayai terkena satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki berusia 20-an.

Menurut seorang pekerja premis stesen minyak itu, Halid Abdullah, 33, semasa kejadian dia dan mangsa bertugas di bahagian kaunter sebelum seorang lelaki tiba-tiba masuk dan terus mengacukan pistol ke arah mereka.

“Lelaki itu masuk dan terus minta wang sambil pistol dihalakan kepada kami. Saya dan rakan (mangsa) tidak melawan dan lelaki itu kemudian masuk ke bahagian kaunter untuk merampas wang.

“Kawan saya kemudian cuba halang hingga berlaku pergelutan antara mereka hingga menyebabkan dia terkena satu tembakan di bahagian pinggang,” katanya.

Halid berkata, berikutan pergelutan itu pistol dipegang lelaki itu tercampak sebelum dua orang awam datang membantu dan menahannya.

Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, mangsa berusia 22 tahun kini dirawat di pusat perubatan swasta di ibu negara selepas tidak sedarkan diri selepas terkena tembakan.

Beliau berkata, suspek turut cedera pada bahagian kaki semasa bergelut dengan orang ramai dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan pengawasan polis.

Sumber berkata, lelaki terbabit dipercayai datang ke stesen minyak itu secara berseorangan menggunakan motosikal sebelum cuba menyamun premis itu menggunakan senjata api.

“Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan. Keterangan pekerja premis sudah diambil dan kita tunggu mangsa stabil bagi merekod kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082