Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penunggang Motosikal Parah Rempuh Kereta

$
0
0

parah2.transformed

 

DUNGUN: Seorang remaja parah selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Kilometer 62, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Rantau Abang, malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, mangsa Muhammd Izwa Nazmie Mohd Neezam, 14, yang dikatakan merempuh sebuah kereta Perodua Viva yang berhenti di depan sebuah kedai roti tempayan di situ.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami patah tulang dada dan patah paha kiri. Ibu mangsa, Nordiayana Zahari, 31, dari Perumahan Rimbunan Kasih berkata, anaknya dalam perjalanan menghantar buah tembikai ke rumah rakannya di Nibong.

“Dia memberitahu saya, rakannya teringin makan tembikai yang baru dipetiknya,” katanya yang ditemui di Hospital Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082