Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Jurugambar NSTP Nafi Dakwaan Berlakon Dalam Insiden Dipukul Penyokong Bola

$
0
0

IPOH 08 AUGUST 2016. ( BH IPB538V ) Jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad, Supian Ahmad (dua dari kiri) menjawab soalan wartawan ketika satu sidang media di sini terhadap kejadian pukul ketika perlawan bolasepak antara pasukan perak dan JDT pad 6 Ogos lalu. Turut sama hadir ialah (dari kiri), Presiden Persatuan Pengamal Perak, Sayed Hesham Syed Idris, EXCO Persatuan Bola Sepak Perak, Musa Don, Penolong Pengurus Pasukan Perak, Azizi Mohd Rejab dan Timbalan Presiden Persatuan Pengamal Perak, Jalal Ali Abdul Rahim. NSTP/L. MANIMARAN

 

Ipoh: Jurugambar kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Supian Ahmad, 37, yang dipukul beberapa penyokong ketika kejadian rusuhan di Stadium Perak, Sabtu lalu menafikan dakwaan segelintir pihak di laman sosial yang mengatakan dia hanya berlakon dalam insiden itu.

Menurutnya, dia terkejut apabila rakannya memberitahu ada segelintir pihak melemparkan fitnah terhadap pengamal media di Perak terutama dirinya dalam kejadian itu.

“Antara fitnah dilemparkan kononnya saya menerima duit, menipu dan berlakon, malah ada yang mengatakan saya adalah orang Perak walhal saya bukan berasal dari negeri ini.

“Saya adalah pengamal media yang datang ke stadium atas sebab kerja dan tidak pernah bersikap berat sebelah dalam melaporkan sesuatu berita. Semua pengamal media bersikap neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

Katanya, dalam insiden itu, kameranya dirampas individu tidak dikenali ketika dia dipukul dalam kawasan padang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan badan oleh polis terhadap setiap individu yang keluar ke stadium tidak menjumpai kameranya sebelum dimaklumkan kameranya itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain yang ditinggalkan di tengah padang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles