Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kes Khalwat : 17 Individu Dicekup JAIM

$
0
0
15basah_1471152128

Sumber myMetro

 

Melaka: Seramai 17 individu termasuk lapan wanita ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di tiga buah hotel bajet sekitar Melaka Tengah, malam tadi.

Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 3 pagi, selepas didapati tinggal bersekedudukan di dalam bilik tanpa sebarang ikatan yang sah.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat kuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata, operasi khas itu diadakan selepas pihaknya mendapati hotel bajet sering menjadi pilihan pasangan bukan muhrim untuk menginap.

“Dalam operasi itu seramai tujuh pasangan kekasih serta tiga lagi individu termasuk seorang perempuan turut ditahan selepas didapati tinggal didalam bilik bersama pasangan bukan muhrim.

“Daripada 17 yang ditahan seorang adalah wanita warga Indonesia dan kesemua mereka berusia antara 18 hingga 38 tahun, mereka kemudian dibawa balik ke pejabat JAIM untuk diambil keterangan.

Katanya, mereka akan ditahan dalam tempoh 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles