Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Pelajar Sekolah Maut Kemalangan Motosikal Bertembung Kereta

$
0
0
image

Sumber Sinar

 

SUNGAI PETANI – Dua pelajar sekolah menengah maut dalam dua kemalangan berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, dalam kemalangan berkenaan, kedua-dua mangsa yang maut tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu.

Md Zukir berkata, dalam kejadian pertama kira-kira 2.54 petang, motosikal yang ditunggang oleh mangsa Nur Amira Najwa,13, bersama adik lelakinya, Mohd Syafiq Idham,10, bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan di Jalan Tikam Batu.

“Dua beradik itu dalam perjalanan dari Kota Kuala Muda menghala ke Tikam Batu bertembung dengan kereta yang sedang memotong kenderaan lain.

“Nur Amira Najwa yang parah maut di tempat kejadian manakala adiknya ditempatkan di Zon Merah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kerana kecederaan serius,” katanya.

Md Zukir berkata, dalam kejadian kedua, seorang pelajar tingkatan satu maut apabila motosikal dibonceng bersama rakan sekampung bergesel dengan sebuah kereta di Simpang Tiga, Taman Melur, di Sungai Layar.

Mangsa Muhammad Aziz Ghazalli, 13, dari Kampung Keda Che Bema tercampak ke dalam longkang akibat perlanggaran dengan kenderaan berkenaan.

“Mereka berdua dipercayai dalam perjalanan ke arah Sungai Layar Hujung, bergesel dengan Proton Wira yang cuba membelok di simpang tiga,” katanya.

Rakan mangsa, Muhamad Norikmal Hakim Che Nasir,16, cedera parah dan dirawat di HSAH.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles