Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pasangan Suami Isteri Selamat Sempat Keluar Dari Kereta Yang Terbakar

$
0
0

14816hasbi1_1471194859

 

Subang: Suami isteri terselamat apabila sempat keluar dari kereta yang dinaiki selepas kenderaan itu terbakar di kawasan PPR Lembah Subang, Ara Damansara, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, kenderaan berkenaan terbakar 100 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.42 dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Kenderaan yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbakar secara tiba-tiba, namun kedua-duanya sempat menyelamatkan diri sebelum bomba tiba,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082