Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemain Pokemon Go Disaman Sebabkan Kesesakan Lalu Lintas

Image may be NSFW.
Clik here to view.
pokemon_1_160816

 

GEORGE TOWN: Beberapa pemain Pokemon GO di Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon di sini terkejut apabila sepasukan pegawai polis membuat pemeriksaan ke atas mereka berikutan aduan bunyi bising dan gangguan lalu lintas di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata laporan telah diterima daripada penduduk mendakwa bahawa aktiviti-aktiviti pemain Pokemon GO telah mencetuskan gangguan di kawasan ini yang sebelum ini aman damai.

“Saya telah mengarahkan anggota polis trafik mengeluarkan saman kepada pemain yang tidak berdisiplin meletakkan kenderaan atau motosikal mereka di bahu jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon.

“Polis juga telah menasihatkan pemain supaya tidak membuat bising, yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan kedamaian penduduk di kawasan sekitar Lebuh Acheh.

“Saya tidak melihat sebarang kesalahan untuk bermain Pokemon GO, tetapi kami akan menasihati mereka,” katanya kepada pemberita semasa operasi pada Selasa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082