Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 4 Pelajar Rogol Rakan Sekolah

$
0
0

Logo PDRM

 

BATU PAHAT: Empat pelajar ditahan polis semalam, selepas didakwa merogol seorang rakan sekolah mereka yang menuntut di Tingkatan Satu, sejak April lalu.

Dua suspek berusia 13 tahun dan dua lagi 15 tahun ditahan di kediaman mereka kira-kira jam 1 pagi di kawasan Sungai Suloh, Senggarang, selepas tidak hadir ke sekolah selepas kejadian itu terbongkar.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata perkara itu terbongkar selepas seorang guru memanggil ibu mangsa dan memberitahu pelajar itu mungkin dirogol.

“Ibunya lebih bimbang apabila anaknya tidak pulang ke rumah seharian selepas keluar Sabtu lalu dan hanya pulang ke rumah pada malam Ahad kira-kira jam 7 malam.

“Keadaan itu mendorong ibu mangsa membawanya membuat laporan polis sebelum diarah membuat pemeriksaan di hospital.

“Pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa sebelum pelajar itu mengaku melakukan hubungan seks dengan lima lelaki yang juga rakan sekolahnya sejak April lalu.

“Mangsa menyatakan pernah tiga kali melakukan hubungan seks bulan lalu dengan rakan sekelasnya di tempat rehat tasik di Taman Evergreen Heights dan di pondok kosong Sungai Suloh, dekat sini,” katanya di sini, hari ini.

Abdul Wahib berkata, polis dapat mengesan dan menahan empat suspek manakala seorang lagi suspek giat diburu.

Katanya, keempat-empat suspek direman seminggu mulai semalam manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082