Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pekerja Pembersihan Jumpa Mayat Bayi Dalam Beg Plastik

$
0
0

Anggota Bomba mengambil mayat bayi dibungkus di dalam plastik hitam yang ditemui di sebuah tapak projek berdekatan sungai klang,  di Bangsar, di sini, kelmarin.

 

Kuala lumpur: Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila beg plastik disangka berisi sampah sebaliknya mengandungi mayat bayi lelaki di dalamnya.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui berada di tebing Sungai Klang berhampiran sebuah tapak projek di Jalan Bangsar, di sini.

Susulan penemuan itu, lelaki terbabit segera menghubungi pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini.

Bagaimanapun, pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengambil mayat bayi itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, seramai tujuh pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikerahkan bagi mengambil mayat bayi itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082