Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Berjaya Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Culik Di Miri

$
0
0

bellk2.transformed

 

MIRI: Selepas 48 jam dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai diculik berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Mangsa, Derrona Joylyn Joseph, yang dilarikan abang iparnya dari sekolahnya tengah hari kelmarin ditemui dalam belukar berhampiran Padang Kerbau, di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Difahamkan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan kedua-dua tangannya diikat, tidak jauh dari lokasi penemuan kenderaan digunakan oleh suspek ketika melarikannya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang ketika mengesahkan perkara itu, berkata mangsa ditemui hasil maklumat risikan, termasuk soal siasat dijalankan ke atas suspek yang berjaya ditahan tidak lama sebelum penemuan kanak-kanak berkenaan.

“Siasatan lanjut dan pencarian kemudian dipergiatkan di belukar berhampiran suspek dijumpai, sehinggalah pasukan mencari berjaya menjumpai Dorrena dalam keadaan ketakutan dan lemah.

“Kedua-dua tangan mangsa diikat menggunakan tali plastik dan terdapat bekas makanan dan air di tempat mangsa disembunyikan,” katanya. Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk pemeriksaan termasuk rawatan trauma.

“Ketika ditemui, mangsa masih berpakaian seragam sekolah,” katanya. Derrona dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Selasa selepas dikatakan mengikut seorang lelaki menaiki kenderaan Perodua Viva putih, yang menjemputnya pulang dari sekolah sekitar jam 12.30 tengah hari.

Polis kemudian mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes penculikan dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082