Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Noor Amila Edrus Norsham Ditemui Mati Dibunuh

$
0
0

18 selepas dilaporkan hilang, Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dipercayai diculik 11 Ogos lalu ketika bersama bapanya menunaikan Solat Maghrib di sebuah surau di Jinjang Utara, ibu negara ditemui mati dibunuh.

Mayat kanak-kanak malang itu dijumpai dicampak ke dalam gaung dekat Hutan Kemensah Hulu Klang, mayat Noor Amila ditemui kira-kira 12.30 tengah hari tadi, ia selepas suspek dipercayai ada kaitan kekeluargaan dengan mangsa yang ditahan sebelum ini membawa polis ke lokasi itu.

Sebelum itu suspek malam semalam membawa sepasukan polis ke satu lokasi di Kampung Kemensah.

Pencarian dilakukan namun tidak berhasil akibat keadaan yang gelap dan siang tadi operasi disambung semula.

Hasilnya polis menemui mayat Noor Amila di bawah gaung berdekatan sungai.

Sehingga kini, motif sebenar kejadian masih disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kisah kehilangan Noor Amila pernah kami siarkan Jumaat lalu.

-NEWS BAHASA MELAYU


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082