Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bomba Selamatkan Bayi Usia Setahun Tersangkut Kepala Pada Besi Tangga

$
0
0
20sad_1471590017

Sumber myMetro

 

Nilai: Bayi lelaki berusia setahun terselamat selepas kepalanya tersangkut pada besi penghadang tangga di rumah keluarganya di Nilai Impian di sini, tengah hari ini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, bayi terbabit dikatakan bermain di kawasan tangga dan memasukkan kepalanya pada tengah besi menyebabkan tersangkut sebelum disedari ibu mangsa.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairul Nizal Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.04 tengah hari sebelum sebuah jentera dan Unit EMRS bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

“Bayi itu tersangkut pada besi itu kira-kira setengah jam sebelum diselamatkan. Bomba mengambil masa hanya lima minit untuk mengeluarkan kepalanya menggunakan alat perenggang.

“Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibunya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles