Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Lelaki Myanmar Dipenjara 3 Tahun Kes Seludup Migran

$
0
0

 

KANGAR 19 AUGUST 2016. Dua orang tertuduh, Momotin Dus Mohamad, (tiga dari kiri) dan Shahidullah Syahidullah (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar setelah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi kes penyeludupan migran di Wang Kelian. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

 

Kangar: Dua lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini selepas didapati bersalah menyeludup seorang migran warga Myanmar di Wang Kelian antara 2014 dan tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman sebaik tertuduh Shahidullah @ Syahidullah dan Momotin @ Dus Mohamad yang masing-masing berusia 18 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan kepada tertuduh dalam bahasa Rohingya menggunakan bantuan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menyeludup seorang migran warga Myanmar, Mohd Belai di Bukit Wang Burma di Wang Kelian pada jam 5.30 pagi antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Mohamad Abazafree Mohd Abbas and Nadia Zulkefli, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles