Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pelajar Sekolah Dicabul Dalam Stor

$
0
0

df

 

KUALA TERENGGANU: Seorang murid perempuan Tahun Dua di sebuah sekolah di Dungun, dipercayai dicabul di dalam stor sekolahnya, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika murid terbabit yang menunggu untuk memasuki kelas Fardu Ain didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata lelaki itu meminta mangsa mengikutnya ke stor dengan mendakwa seorang murid terkurung di dalam stor berkenaan.

Beliau berkata, mangsa berusia lapan tahun yang tidak mengesyaki apa-apa bertindak mengikut lelaki itu. Bagaimanapun, sebaik tiba di stor berkenaan, suspek mengajak mangsa masuk ke dalam stor, namun ditolak mangsa.

“Oleh kerana mangsa enggan mengikut kehendaknya, suspek kemudian bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam stor.

“Mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek panik lalu melepaskan mangsa sebelum melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Wan Abd Aziz berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam identiti suspek dan polis kini sedang giat memburu lelaki berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan turut menafikan kes berkenaan yang menjadi viral di laman sosial adalah kes culik, sebaliknya ia adalah kes serangan seksual.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082