Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Anggota Tentera Ditahan Kes Dera Junior

$
0
0

jail-arrested-arrest-prison317

 

Sibu: Tiga anggota tentera dari sebuah kem tentera di sini, ditahan reman kerana disyaki melakukan penderaan hingga menyebabkan kecederaan seorang anggota junior kira-kira 12.30 tengah hari, Ahad lalu.

Kejadian ini terbongkar apabila mangsa berusia 20 tahun menceritakan kejadian berkenaan kepada bapanya, semalam.

Bapanya yang merupakan bekas tentera berusia 70 tahun dari Rawang, Selangor, kemudian membuat laporan polis.

Bekas tentera itu tiba di bandar ini untuk menziarah anaknya semalam, dan pulang petang ini.

Mangsa dikatakan dipukul di berek bujang kem kerana gagal membekalkan makanan kepada ketiga-tiga rakan seniornya.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah ketika dihubungi berkata, mangsa dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami kecederaan limpa namun dilaporkan stabil,

Beliau berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 31 tahun itu ditahan reman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082