Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Wanita Maut Cangkuk Kren Jatuh Hempap Kereta

$
0
0

keren.transformed

 

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas Perodua Kelisa dipandunya dihempap cangkuk kren yang jatuh dari kawasan pembinaan di Jalan Raja Chulan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, Chin Khoon Sing, 24, mati di tempat kejadian selepas cangkuk kren itu jatuh betul-betul di atas bumbung tempat duduk pemandu menyebabkan dia tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata bomba yang menerima panggilan pada 7.23 malam menghantar dua jentera bersama 16 anggota bagi mengeluarkan mangsa.

Cangkuk itu dipercayai tertanggal ketika kren berkenaan sedang beroperasi dan jatuh di kawasan laluan yang sedang sibuk dengan kenderaan semasa kejadian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082