Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Operasi Cari Mangsa Bawah Tanah, 8 Anggota Bomba Sesak Nafas

$
0
0

gambarpilihan-bombasesaknaf.transformed

 

MELAKA: Lapan anggota bomba sesak nafas ketika menjalankan operasi mencari seorang lelaki warga Bangladesh yang terjatuh ke dalam saluran lubang bawah tanah di sebuah tapak binaan di Jalan Bukit Cina di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, tujuh anggota lelaki dan seorang wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu berusia antara 20 hingga 45 tahun itu diarah mencari mangsa yang terjatuh ke dalam lubang bawah tanah berkenaan secara bergilir-gilir.

Ambulans dan pasukan perubatan dihantar ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kecemasan, sebelum semua lapan anggota terbabit dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din, berkata semua anggota itu dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan.

Katanya, sejurus menerima panggilan jam 9.47 malam, pihaknya menghantar sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu. “Mereka turun secara bergilir ke lubang sedalam 3.1 meter dengan keluasan 5.1 meter persegi yang dipercayai menjadi lokasi mangsa terperangkap.

“Berdasarkan maklumat awal, ruang bawah tanah itu dipercayai mengandungi gas metana akibat udara terkumpul sejak sebulan lalu hingga menyebabkan gas di ruang itu beracun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Warga Bangladesh itu disahkan maut dan operasi mengeluarkan mayat berakhir kira-kira jam 2 selepas sepasukan tujuh dan enam anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Alor Gajah mengambil alih operasi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata mayat lelaki warga Bangladesh berusia 30-an itu dikeluarkan kira-kira jam 1.30 pagi. “Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082