Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Posmen Maut Terjatuh Dari Motosikal

$
0
0

27hm41ra8i_1472246928

 

Seorang posmen maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terjatuh ketika cuba mengelak sebuah kereta di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, mangsa, Raja Umaraalim Raja Azmi, 32, maut selepas terjatuh di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, motosikal mangsa turut terseret dan melanggar sebuah lori dari arah sama.

“Mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082