Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Mekanik Nyaris Rentung Ferrari Tiba-Tiba Terbakar

$
0
0

pgmain_18a_2808_phj_1

 

GEORGE TOWN – Seorang mekanik nyaris rentung apabila kereta mewah jenis Ferrari yang sedang dipandu uji sebelum diselenggara tiba-tiba terbakar pada bahagian enjin belakang di Jalan Kebun Bungah di sini semalam.

Lelaki berusia 40-an itu sempat keluar menyelamatkan diri apabila mendengar orang ramai menjerit memberitahunya bahawa terdapat kebakaran pada bahagian belakang kenderaan mewah itu.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang, mekanik tersebut sedang memandu kenderaan terbabit menuju ke bengkelnya di Bayan Lepas yang terletak kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian bagi mengenal pasti masalah pada kereta itu sebelum melakukan proses penyelenggaraan.

Kereta yang dianggarkan bernilai RM500,000 itu dipercayai milik seorang wanita.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082