Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penganjur Perhimpunan #TangkapMO1 Akan Dipanggil – Timbalan Ketua Polis Negara

$
0
0

KUALA LUMPUR 27 AUGUST 2016. Peserta perhimpunan haram '#TangkapMO1' mula bergerak dari hadapan pusat membeli belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka. NSTP/YAZIT RAZALI

 

GEORGETOWN: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan #TangkapMO1 yang diadakan di ibu negara, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata perhimpunan berkenaan dianjurkan tanpa kebenaran selain dikesan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Saya difahamkan mereka (penganjur) tidak mendapat kebenaran daripada pemilik kawasan walaupun ia sudah dimaklumkan kepada polis.

“Justeru, kita akan memanggil penganjur untuk merakam keterangan, selain melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 4(2) (b) Akta Perhimpunan Aman,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara di Stadium Mini, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles