Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

60 Saat Untuk Paris Dari Kedutaan Malaysia

$
0
0

A man (L) reads messages in tribute to the victims of Paris attacks outside the French Embassy in Kuala Lumpur on November 16, 2015. Islamic State jihadists claimed a series of coordinated attacks by gunmen and suicide bombers in Paris on November 13 that killed at least 129 people in scenes of carnage at a concert hall, restaurants and the national stadium. AFP PHOTO / MOHD RASFAN

 

KUALA LUMPUR: Upacara bertafakur selama seminit diadakan di Kedutaan Malaysia di Paris Isnin, sebagai menghormati mangsa-mangsa serangan berdarah pada Jumaat lepas.

Upacara berlangsung pada tengah hari waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Ia dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan kedutaan dan agensi Malaysia di Paris, menurut berita daripada kedutaan yang dimuat naik dalam laman rasmi Wisma Putra www.kln.gov.my hari ini.

“Bendera Perancis dilipat sebagai tanda memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan Perancis mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari, mulai Ahad hingga Selasa, susulan serangan itu yang menyaksikan lebih 100 orang maut dan lebih 200 lagi cedera, dalam siri serangan dilancarkan serentak oleh tujuh lelaki bersenjata ke atas restoran-restoran, dewan konsert dan stadium di Paris.

Susulan insiden berdarah yang disifatkan sebagai serangan pengganas paling buruk dan dahsyat dalam sejarah negara itu, Presiden Perancis Francois Hollande mengisytiharkan darurat berkuat kuasa serta-merta.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082