Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA LUMPUR: Kumpulan militan IS merancang untuk menculik pemimpin negara bagi menuntut pembebasan militan yang ditahan di Malaysia.
Menurut risikan Malaysia, dua anggota tentera yang ditahan dan didakwa awal tahun ini telah membentuk satu pelan terperinci membawa pemimpin-pemimpin diculik ke tempat yang terpencil di Lembah Klang, demikian lapor The Star.
Mereka akan merakamkan penculikan itu dan selepas menuntut pembebasan anggota mereka, kumpulan itu akan mengenal pasti tempat yang selamat bagi membolehkan pertukaran banduan itu dijalankan.
Rangkaian pengganas tidak keluar untuk mendapatkan wang tebusan, hanya pembebasan rakan-rakan mereka yang ditahan, demikian dedah Ketua Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan.
“IS hanya keluar untuk menjamin kebebasan militan rakan-rakan mereka di Penjara Sungai Buloh. Ia tidak berkaitan dengan tuntutan wang tebusan,” katanya kepada The Star
Ayob memberitahu, keadaan di Asia Tenggara boleh bertukar menjadi tidak menentu jika pensyarah yang kini menjadi militan Dr Mahmud Ahmad mempunyai cara beliau dalam membentuk blok IS serantau.
“Keutamaan kami adalah untuk menyekat matlamatnya ke Syria dan mengangkat sumpah taat setia di hadapan ketua IS, Abu Bakr al-Baghdadi,” katanya.
Beliau berkata, polis telah memperketatkan pemantau dan kawalan keselamatan di semua pintu masuk, terutama di lapangan terbang untuk menyekat militan ke Syria.