Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lori Bauksit Terbalik, Jalan Ditutup 10 Jam

$
0
0

asd

 

Chukai: Lori membawa muatan bauksit terbalik menyebabkan laluan dari Kampung Padang Kamunting ke Kampung Bukit Anak Dara di sini terhalang dan terpaksa ditutup kepada lalu lintas kira-kira 10 jam sejak 6 petang semalam.

Laluan berkenaan dibuka semula kepada lalu lintas pada 4 pagi tadi selepas kerja mengalihkan kenderaan itu dan membersihkan tumpahan bauksit selesai.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila lori berkenaan mengalami masalah brek sebelum kenderaan mengundur ketika melalui kawasan berbukit.

Menurutnya, ia menyebabkan kenderaan itu tidak dapat dikawal sebelum terbalik dan melintangi laluan.

“Pemandu lori berkenaan hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles