Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

9 Ditahan Ganggu Anggota Penguatkuasa

$
0
0

tangan-digari-600x330

 

Kuantan: Sembilan lelaki ditahan selepas dikesan mengganggu serta mengugut pegawai dan anggota penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan cari gali bauksit secara haram.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sembilan suspek berusia 30 dan 40-an itu ditahan pada 15 dan 29 Ogos lalu di sekitar Bukit Goh di sini, selepas dipercayai menjalankan kegiatan tonto untuk menakutkan pihak berkuasa.

“Ada yang baling mercun, ambil gambar dan mengekori kenderaan pihak berkuasa hingga menjejaskan penguatkuasaan dilakukan,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, turut dirampas lima kenderaan termasuk tiga trak pikap, tiga walkie-talkie, batang buluh, kabel, cota, pengunci stereng dan diari.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082