Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lydiawati Mohon Pertuduhan Terhadapnya Dikaji Semula

$
0
0

timthumb.php

 

Kuala Lumpur: Pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati yang didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara agar pertuduhan terhadapnya dikaji semula.

Peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon memaklumkan perkara itu ketika kes berkenaan disebut di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan surat representasi kepada pihak pendakwaan dan Majistret Haslinda A Raof menetapkan 13 Oktober bagi mengetahui keputusan representasi itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim.

Pada 16 Mei lalu, Lydiawati yang terkenal menerusi filem ‘Suami, Isteri dan …’, mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.

Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang di sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Mac lalu, Lydiawati memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita di akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082