Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan Suami Isteri Tokan Ketum

$
0
0

Logo PDRM

 

Sik: Suami isteri disyaki tokan air ketum ditahan polis dalam serbuan di rumah mereka di Kampung Begia di sini, 6 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sik, Asisten Supritendan (ASP) Zulkefli Musa berkata, pasangan berusia 38 dan 37 tahun itu ditahan ketika sedang berehat di rumah mereka, hasil maklumat awam dan risikan pihaknya.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik yang melakukan serbuan merampas 27 botol air ketum dengan isipadu 40 liter, 11 bungkus air ketum (16 liter), 16 kilogram daun ketum belum diproses serta 30 botol ubat batuk berisipadu 4.7 liter.

“Air ketum bungkus dipercayai dijual RM10 manakala di dalam botol pula dijual RM15 kepada pembeli yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

“Polis juga merampas sejumlah wang tunai yang disimpan di dalam rumah mereka dipercayai hasil daripada jualan air ketum terbabit,” katanya dihubungi di sini, hari ini. Keseluruhan rampasan bernilai RM718,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082