Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pembantu Klinik Dirogol Rakan Lelaki

$
0
0

egatama

 

ISKANDAR PUTERI: Seorang pembantu klinik berusia 26 tahun mendakwa dirogol seorang rakan lelakinya selepas mereka bersama sekumpulan lagi rakan lain minum di rumah saudara suspek di Taman Ungku Tun Aminah, dekat sini.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hotel di Taman Tan Sri Yaakob, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam, selepas suspek yang bekerja sebagai tukang besi membawa mangsa ke hotel berkenaan dari rumah saudaranya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad, berkata susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun di rumahnya di Taman Selesa Jaya, dekat sini, kira-kira jam 11 malam tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang bekerja di sebuah klinik di Singapura bersama suspek dan seorang lagi rakan mereka pergi ke rumah sepupu suspek dan berjumpa dengan sekumpulan lagi rakan mereka yang berasal dari negeri sama untuk minum arak.

“Kira-kira jam 2 petang, suspek kemudian menghantar seorang lagi rakan mereka pulang sebelum membawa mangsa ke sebuah hotel. Mangsa dikatakan enggan melakukan hubungan seks dengan suspek menyebabkan berlaku pergelutan sebelum mangsa dirogol,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata, kira-kira jam 4 petang, mangsa berjaya keluar dari bilik itu dan pergi ke tempat letak kereta sebelum diekori suspek yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah mangsa di Taman Nusa Bestari, dekat sini.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi rakannya sebelum membuat laporan di IPD Iskandar Puteri dan kes disiasat mengikut siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082