Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Puluhan Bom Mortar Dijumpai Di Pesisir Pantai

$
0
0

PORT DICKSON 03 SEPTEMBER 2016. (SBN240N) Dua bom dipercayai mortar yang ditemui di sebuah tapak pembinaan di Bukit Pelandok. NSTP/IHSAN PDRM

 

Port Dickson: Skuad Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan memusnahkan puluhan bom mortar yang ditemui di pesisir pantai di sebuah tapak pembinaan di Bukit Pelandok, di sini, sejak April lalu sehingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Adzli Abu Shah berkata, bom terbabit ditemui pekerja syarikat berkenaan ketika melakukan kerja pembesaran tapak.

Menurut beliau, walaupun bom dipercayai peninggalan era penjajahan British itu berkarat namun ia masih aktif.

“Bermula April lalu hingga semalam (kelmarin), bom terbabit ditemui setiap tiga hari atau seminggu. Ia ditemui pekerja yang melakukan kerja mengorek laut di tepi pantai.

“Kali terakhir ialah kelmarin di mana pekerja menemui dua butir bom. Ia berukur lilit 54 sentimeter (cm) sehingga 60cm dan seberat dua kilogram,” katanya.

Menurut Adzli, sebaik menerima laporan, bom terbabit kemudian dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082