Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kes Rasuah: Pengerusi Bank Dibebaskan

$
0
0

81415672709_freesize

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Tan Sri dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah tersebut selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman.

Sebelum ini, lelaki berusia 65 tahun yang merupakan bekas panglima angkatan tentera yang sudah bersara itu disiasat berhubung penyelewengan dana penerbitan buku biografi tokoh pemimpin negara sebanyak RM15 juta.

Dia ditahan oleh SPRM pada 29 Ogos lalu selepas tampil memberi keterangan di ibu pejabat agensi penguat kuasa itu di sini sebelum dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman pada 30 Ogos lalu sehingga hari ini. K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082