Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Tergelincir Mati Lemas Di Sungai Chilling

$
0
0

KUALA KUBU BHARU 06 SEPTEMBER 2016. Anggota bomba menemui mangsa lemas, Muhammad Azimzulhilmi Mohd Bakri akibat terjatuh ketika memancing dan bermandi-manda di Sentuari Ikan Kelah Sungai Chiling. NSTP/IHSAN BOMBA

 

Kuala Kubu Bharu: Kegembiraan sembilan sahabat memancing dan mandi di Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika seorang daripada mereka, Muhammad Azimzulhilmi Mohd Bakri, 22, tergelincir ketika memancing dan hilang di dasar sungai.

Buntu dengan situasi itu, rakan mangsa menghubungi talian kecemasan bagi meminta bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.20 petang.

“Mangsa ditemui 30 minit kemudian pada kedalaman tiga meter di dasar sungai,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082