KUALA LUMPUR – Kebanyakan warga kota yang menggunakan LRT untuk ke tempat kerja terkandas berikutan gangguan teknikal di laluan Kelana Jaya bermula 7 pagi tadi.
Jurucakap RapidKL berkata keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putrajaya terjejas apabila kesemua tren di laluan terlibat bergerak perlahan dan berhenti lama di setiap stesen.
RapidKL menyediakan bas ke KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Datuk Keramat, manakala tren ulang-alik disediakan untuk laluan Ampang Park ke Gombak.
Setakat ini masalah teknikal itu masih belum dapat diatasi. – Bernama