Anggota polis mengusung mayat ibu M.Mariayee, 56, dan anak perempuannya S.Turgadevi, 16, setelah ditemui mati dengan kesan tikaman dibeberapa bahagian badan di rumah mereka di Jalan Beladau Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram semalam. – Foto Bernama
JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan kejam terhadap dua beranak dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, semalam di Taman Puteri Wangsa, Pelangi Indah, di sini selepas tertangkapnya dua suspek utama dalam tempoh kurang lapan jam.
Ketua Polis Johor, kedua-dua lelaki berusia 20 an itu ditahan dalam cubaan melarikan diri ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres kilometer 142.4 Lebuhraya Utara Selatan susur ke Pagoh, Muar petang kelmarin.
Menurutnya, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai milik mangsa.
“Hasil maklumat tepat orang ramai dan risikan kita berjaya menahan lima lelaki berusia 18 hingga 20 tahun sekita Pelangi Indah dan kemudiannya membawa tangkapan kepada dua suspek utama kes berkenaan.
“Dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspress bagaimanapun berjaya dicekup polis berhampiran susur ke Pagoh. Polis juga merampas beberapa barangan dipercayai milik mangsa.
“Semua suspek akan direman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut dan bagi mengesan rakan sejenayah mereka yang masih bebas,”katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, seorang wanita berusia 56 tahun dan anak perempuannya berumur 16 tahun ditemui mati akibat tikaman dan tetakan bertubi-tubi menggunakan senjata tajam dalam kejadian pagi kelmarin.
Polis turut menjumpai senjata yang digunakan di salah sebuah bilik di rumah berkenaan manakala cucu perempuan mangsa berumur tiga tahun tidak dicederakan.
Difahamkan polis turut menahan suspek kelapan bagi membantu siasatan terhadap kes pembunuhan kejam itu kira-kira jam 3.00 pagi semalam. -Sinar