Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Ibu Tunggal Dipenjara Dua Tahun

$
0
0

hakim

Kuala Lumpur: Ibu tunggal dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan dengan perlakuan kumpulan pengganas, Mei lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Izatul Farahirah Ismail, 36, dan memerintahkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkap pada 19 Mei lalu.

Nor Izatul Farahirah, seorang penganggur, didakwa memiliki pengikat kepala berwarna hitam bertulisan jawi yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas di rumah di Desa Pandan, di sini pada 11.50 pagi 19 Mei lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). -Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles