Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Digantung Sampai Mati Edar Dadah Lebih 9kg

$
0
0

dadah

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar 9.638 kilogram dadah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Ibrahim Musa Rifa’i, 32, adalah bersifat penafian dan rekaan semata-mata.

Beliau berkata keterangan tertuduh juga bercanggah dengan keterangan saksi pembelaan kedua iaitu ayahnya.

“Hala tuju pembelaan lebih kepada penafian dan watak ‘Mat Kondom’ yang dinyatakan oleh tertuduh dalam keterangannya hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan kes ini,” katanya.

Nordin berkata, tertuduh dalam pembelaannya juga tidak langsung menyatakan dadah yang dijumpai di kediamannya itu milik Mat Kondom atau individu lain sebaliknya hanya menafikan dadah itu miliknya.

Bagi pertuduhan pertama, Ibrahim Musa didakwa mengedar 10 ketulan mampat dadah jenis kanabis seberat 8.818 kilogram di kediamannya di nombor 61(2)A Jalan Hamzah, Kampung Baru, Dang Wangi di sini, pukul 2 petang pada 3 April 2014.

Pertuduhan kedua pula dia didakwa mengedar 10 ketulan mampat dadah jenis kanabis seberat 0.720 kilogram di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Seramai enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu bermula 4 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po’ad, manakala tertuduh diwakili peguam Ariff Amirul Abdul Jani. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles


FORMAT BAHARU SPM – BINA KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN.


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 2


MBKS guna WhatsApp terima aduan orang ramai


Pantun Dari Kerana Mata....


Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik


Restoran Nur, Sri Gombak


Video Lucah Persis Zul Ariffin Tersebar; Kelab Peminat Mohon Sokongan,...


Kasut Travel Paling Selesa