Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Ditemui Mati Berlumuran Darah

$
0
0

polis

KLANG – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Sanggul 1F, Bandar Puteri, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, mangsa yang‎ memakai kemeja petak biru serta berseluar jeans hitam itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8 pagi di belakang deretan kedai di jalan berkenaan.

“Siasatan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala, lengan dan beberapa bahagian anggota badan lain dipercayai dipukul menggunakan senjata tajam dan tumpul.

“Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dicampak ke lokasi mayatnya dijumpai berdasarkan tiada unsur pergelutan di kawasan itu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082