Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

PDRM Sahkan Senarai Pengurangan Kompaun Lalu Lintas Palsu

$
0
0

untitled

 

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mengeluarkan senarai berhubung pengurangan kadar kompaun bagi kesalahan lalu lintas seperti tersebar di laman sosial.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi PDRM, berkata senarai pengurangan kadar kompaun itu adalah palsu.

“JSPT menafikan mengeluarkan senarai kadar pengurangan harga kompaun bagi kesalahan lalu lintas seperti mana disebarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Masyarakat diminta tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya.

“Bagi sebarang maklumat lanjut, sila rujuk di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) yang merupakan sumber rujukan rasmi,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082