Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Beranak Maut Dilanggar Go Kart

$
0
0

KUANTAN 25 SEPTEMBER 2016. Sebahagian penonton yang cedera ketika perlumbaan EIMARACE 2016 (gokart) di SUKPA Indera Mahkota. NSTP/IHSAN PEMBACA

 

Kuantan – Dua beranak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera selepas dilanggar ketika perlumbaan Go-Kart EIMARACE di Jalan Sukpa, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa Izuan Isa, 30, berasal dari Kelantan bersama anak perempuannya berusia empat tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan Go-Kart yang dikatakan hilang kawalan.

Difahamkan kenderaan itu hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh mangsa.

Seorang penonton, Said Ishak, 56, memberitahu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya pula di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas cedera parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles