Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

5 Lelaki Kantoi Di Pusat Urut

$
0
0

KUALA TERENGGANU 24 SEPTEMBER 2016. Salah seorang pelanggan lelaki yang menggunakan khidmat pengurut wanita di sebuah rumah urut di bandar Kuala Terengganu ketika operasi dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). NSTP/IHSAN JHEAT

 

Kuala Terengganu – Lima lelaki diberkas dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kerana menggunakan khidmat urutan wanita yang berselindung di sebalik pusat urutan refleksologi di beberapa lokasi di bandar raya ini, kelmarin hingga awal pagi semalam.

Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT Nik Zulhaiza Ismail berkata, semua ditahan berusia 20 hingga 40 tahun.

“Turut ditahan wanita tempatan berusia 30-an yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urutan yang diserbu.

“Ketika serbuan, semua mereka berada dalam keadaan mencurigakan ketika menggunakan khidmat urutan wanita warga asing di lokasi berasingan,” katanya.

Menurutnya semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2011 kerana berkhalwat dan Seksyen 29 enakmen sama iaitu persediaan melakukan persetubuhan luar nikah,” katanya, semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles