Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan Sendiri

Image may be NSFW.
Clik here to view.
bunuhdiri

 

Johor Bahru – Seorang pengganggur lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh kenalan sendiri, awal bulan ini.

Kasmarugaya Sulaiman, 38, didakwa membunuh Abd Razak Ibrahim, 42, di sebuah lorong belakang hotel di Jalan Wong Ah Fook, di sini, antara pukul 5 hingga 6.30 pagi pada 10 September mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Salina Omar.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Baiduri Mustakim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles