Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

3 Warga Asing Ditahan Di ICQS Bukit Kayu Hitam Kerana Memiliki Paport Palsu

$
0
0

Bukit Kayu Hitam : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah  hari ini telah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan yang menggunakan Pasport bermutu tinggi milik Kerajaan Malaysia dengan tertangkapnya 3 suspek di Di Kompleks Imigeresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan  (ICQS)  Bukit Kayu Hitam pagi tadi. 

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohamad Yusri Hashim pihaknya telah berjaya menahan 1 Lelaki dan 2 wanita memiliki Pasport Antarabangsa Malaysia untuk keluar dari Malaysia ke Thailand sekitar jam 7 pagi tadi selepas suspek menyerahkan pasportnya untuk pemeriksaan. Berasa curiga dengan ketulinan pasport berkenaan, Pegawai Imegresen yang bertugas telah memeriksa lanjut butiran di dalam pasport berkenaan dan mendapati butiran pasport berkenaan tidak sepadan dengan rekod sistem jabatan ujarnya.

Hasil pemeriksaan mendapati semua subjek tidak dapat bertutur bahasa Malaysia dan gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang lain apabila diminta, suspek  juga didapati tidak memiliki kad pengenalan. Pada pasport yang diserahkan juga didapati terdapat cop keselamatan Imigresen Malaysia yang dipalsukan. Siasatan lanjut mendapati suspek  menggunakan pasport tersebut bagi membolehkan mereka keluar dari Malaysia untuk ke Australia melalui Bangkok.

Suspek  yang ditahan berumur antara 19 hingga 44 tahun dan disyaki berasal dari Republic Rakyat China. Dipercayai subjek menggunakan Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dengan anggapan lebih selamat dan terjamin untuk keluar dari Malaysia. Semua disiasat mengikut Sek.12 (1)(a) Akta Pasport 1966 kerana memiliki pasport yang palsu.

Mengulas lanjut Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah memperketatkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk di negeri ini dalam usaha mengesan dan memburu mereka yang terlibat dalam kegiatan militan dan permerdagangan orang serta rangkaian sindiket yang terbabit. Dengan kerjasama erat antara Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan lain di dalam dan luar negeri melalui pertukaran maklumat berkaitan jenayah rentas sempadan bagi memastikan keselamatan dan kestabilan di rantau ini.

Peristiwa serangan di Paris, Perancis pada jumaat malam lepas, jabatan juga mengambil langkah langkah kawalan yang lebih ketat dalam usaha membendung  dan membenteras kegiatan yang memudaratkan keselamatan negara.   Semua ditahan dilokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut bahagian penguatkuasa Imigresen.

 

pasport palsu 3 pasport palsu 2 pasport palsu 1


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles