Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Seleweng Petrol Dan Diesel, Suami Isteri Didenda RM240,000 Setiap Seorang

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Petrol pump

 

SEREMBAN: Sepasang suami isteri yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini dijatuhi hukuman denda sebanyak RM240,000 atas kesalahan menyimpan stok berlebihan serta menyeleweng petrol dan diesel.

Keputusan dibuat Hakim Madihah Harullah terhadap Chok Eng Seng, 29, dan isterinya, Goh Sock Mei, 29, selepas mengambil kira semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kedua-dua tertuduh masing-masing menghadapi tiga pertuduhan iaitu menyimpan stok petrol berlebihan daripada kuantiti dibenarkan dan gagal menyelenggara buku petrol serta diesel, yang mempunyai butiran setiap pembelian termasuk tarikh, kuantiti serta nama penjual.

Mereka didakwa melakukan kegiatan tersebut mengikut Peraturan 21 Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bagi dakwaan pertama, mereka mereka dituduh menyimpan 44,628 liter petrol, melebihi kuantiti yang ditetapkan iaitu 27,300 liter.

Sementara pertuduhan kedua dan ketiga,mereka dituduh gagal menyelenggara suatu buku stok barang berjadual iaitu diesel dan petrol, yang mengandungi butiran setiap pembelian yang menunjukkan tarikh, kuantiti, harga serta nama dan alamat penjual.

Hakim menetapkan tertuduh didenda RM80,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan adalah RM480,000 bagi kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, K. Selvarajoo manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yang Teik Lee dan Gurdit Singh.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082